Tutorial Bina BloG



Pernah tak anda terfikir untuk memiliki sebuah malah berbuah-buah website atau blog??Pasti anda teringin kan??Dalam halaman ini, saya akan menjelaskan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan sebuah Blog. Sebelum tu saya nak jelaskan serba sedikit mengenai Blog ni. Blog adalah singkatan bagi Web Log dalam bahasa inggeris. Melalui Blog ni, kita dapat memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk. Kita juga boleh memasukkan teks, imej dan pautan kedalam blog.

Keistimewaan Blog ini adalah, kita boleh menjana pendapatan. Selain itu, kita juga boleh mengembangkan perniagaan kita dengan membuat pengiklanan dan jualan melalui blog. Blog dan Website adalah benda yang hampir sama. Hanya sistem dan kecanggihan sahaja yang membezakan antara kedua benda ni. Namun, dengan menggunakan kemahiran dalam penulisan HTML, CSS, JS, dan macam-macam lagi ni, blog kita akan kelihatan menarik dan Canggih bukan hanya seperti akhbar atau majalah. Ok, setakat tu penerangan mengenai blog. Idea saya pun dah kering..hehe....Jom kita mulakan tutorial ni...

Perkara pertama yang harus dimiliki sebelum menghasilkan blog ialah Akaun Google. Klik sini untuk mendaftar. Setelah itu, login dihalaman blogger. Klik sini.


selepas anda login, anda akan nampak Blogger Dashboard seperti ini.


Gambar ini adalah contoh Dashboard.

Klik pada New Blog yang ada di sebelah kiri. Kemudian akan keluar laman seperti ini..



Isi maklumat yang diperlukan kemudian pilih template yang anda sukai kemudian tekan Create Blog. Maklumat yang anda masukkan boleh diubah kemudian.


KbOooMMmm!!! anda dah ada blog...tetapi belum berisi. Masuk ke halaman ini untuk mula berblogging. Anda boleh memilih samaada menulis dalam bentuk biasa ataupun HTML. Rujuk gambar dibawah.



Setelah anda selesai, klik preview sebelum anda Publishkan blog tersebut. Kemahiran berblogging anda akan sentiasa meningkat, semakin banyak perkara yang anda pelajari. Teruskan usaha anda! harap dapat membantu....T.kasih..

No comments:

Post a Comment